Sunday, April 13, 2014

Isu Pengguaan Kad Kredit

      Sejak kebelakangan ini, isu pengguanaan kad kredit telah menjadi satu isu yang popular dalam kehidupan kita. Apakah itu kad kredit? Kad kredit merupakan sejenis kad yang dapat digunakan untuk penangguhan pembayaran terhadap sesuatu barang ataupun perkhidmatan yang digunakan. Dengan kata-kata lain, kad kredit ialah kad yang memudahkan pemegang membuat bayaran terkemudian daripdada penerimaan barangan dan perkhidmatan.

contoh kad kredit yang dikeluarkan dari pelbagai bank.
      Pada pandangan saya, penggunaan kad kredit ini boleh memberikan kemudahan kepada pemegangnya untuk berurusan dengan cepat. Sebagai contoh, katakan seorang pelanggan hendak membeli laptop yang tidak disangka murah harganya ketika mengunjungi pameran komputer. Mujurlah dia mempunyai kad kredit untuk membayar bayaran laptop tersebut.

      Selain daripada itu, kebaikan kad kredit ialah pengguna tidak perlu membawa wang tunai yang banyak apabila keluar membeli-belah. Dengan kad kredit , seseorang cuma membawa sejumlah kecil wang sebab kad itu sebenarnya ada nilai ringgit menurut had yang ditetapkan oleh bank pengeluarnya. Dalam keadaan begini, pemilik dapat bergerak bebas tanpa perlu rasa takut dirompak jika membawa tunai dalam jumlah yang banyak.

      Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan kad kredit juga mendatangkan keburukan kepada pengguna. Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal boleh membawa padah. Seseorang akan diisytiharkan muflis jika berbelanja dengan boros atau tanpa membuat perancangan yang rapi. Kalau hutang lama tidak dapat dibayar , hutang yang baru akan datang lagi. Apabila tidak mampu hendak membayar, pihak bank akan manghantar kes ini kepada mahkamah lalu diisytiharkan muflis.



Berita tentang individu diisytiharkan muflis kerana kad kredit
      Tambahan pula, pemegang kad kredit juga berhadapan dengan bahaya terkena kadar bunga yang tinggi. Selain itu, pemegangnya cenderung membeli barangan tanpa kawalan termasuk yang tidak perlu. Mereka membeli mengikut nafsu tanpa pertimbangan akal.

      Secara kesimpulannya, kad kredit boleh membawa kebaikan ataupun keburukan kepada kita. Kita haruslah menggunakan kad kredit secara cermat, berhemat dan berfikir dulu sebelum membeli sesuatu barang. Peribahasa ada menyatakan "ukur baju di badan sendiri" .